Translate

Sejarah (PRS).








Sejarah Perkembangan PRS.
    
     Pada tahun  1984 bahagian sekolah (unit bimbingan dan kaunseling ) telah merangka dan mengeluarkan buku panduan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.Satu kandungan daripada buku tersebut ialah perkhidmatan dan tugas “ kaunselor sebaya”. Dengan ini,konsep “kaunselor sebaya”( sekarang dikenali sebagai pembimbing rakan sebaya ) telah sedia ada tetapi diperkembangkan dalam kalangan murid secara sistematik dan menyeluruh. Pada 1986, program pembimbing rakan sebaya mula diperkenalkan di sekolah-sekolah secara tidak formal melalui projek perintis “kaunselor sebaya” yang dikendalikan oleh Pn Zuraidah Bt Abdul Rahman ,ketua jabatan insitusi Aminudin Baki.
            Pada tahun 1987 ,satu Seminar Bengkel PRS diadakan dan dihadiri oleh ketua penolong pengarah hal ehwal murid dan penyelia bimbingan dan kaunseling jabatan pelajaran negeri, Guru-guru bimbingan dan kaunseling yang telah dikenal pasti oleh kementerian dan pensyarah maktab peguruan.Dalam seminar ini, nama pembimbing rakan sebaya diterima secara rasmi .Hasil dari seminar/bengkel satu draf modul latihan yang mengandungi eleman-eleman konsep, falsafah rasional dan obgektif program pembimbing rakan sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba di peringkat sekolah.
           Pada November 1987 satu mesyuarat menggubal kurikulam khusus pengurusan dan latihan program rakan sebaya diadakan di IPP (IAB) dengan disertai oleh pensyarah IAB,pensyarah UKM, UPM dan USM, pengetua sekolah, ketua penolong pengarah hal ehwal murid dan penyelia bimbingan dan kaunseling jabatan pelajaran negeri,pegawai-pegawai bahagian sekolah dan pensyarah maktab peguruan
          Pada ogas 1988, bengkel mengemaskini draf modul latihan di IAB supaya modul dicetak dan dihantar kesemua sekolah menengah di seluruh Negara untuk dijadikan panduan.Pada September 1988,mesyuarat menyelaras program desentralisasi latihan PRS di IAB dan telah dipersetujui bahawa kursus-kursus desentralsasi (Teragih) di peringkat negeri mengikut panduan kandungan kursus yang sama iaitu;
1.      Pengenalan konsep, falsafah dan matlamat program PRS
2.      Teknik taksiran keperluan
3.      Teknik-teknik latihan
4.      Teknik penilaian program
5.      Kemahiran yang diperlukan oleh PRS seperti kesedaran kendiri , asas komunikasi, asas kaunseling dan kemahiran lanjutan yang spesifik
6.      PRS dari perspektif islam
             Pada 1989 IAB dengan kerjasam bahagian sekolah telah mengadakan satu bengkel penelitian semula bertajuk bengkl membina insturmen kajian keberkesanan pelaksanaan program pembimbing rakan sebaya untuk dijalankan pada penghujung tahun 1989 di sekolah-sekolah terlibat dan hasil daripada kajian telah dibentangkan dalam seminar status hala tuju program pembimbing rakan sebaya pada 16-19 Disember 1990
              Pada jun 1991 , krusus intensif kejurulatihan dan pengurusan program pembimbing rakan sebaya telah diadakan dibawah pembiyaan pinjaman Bank Dunia. Seramai 42 orang guru bimbingan dan kaunseling hadir.Hasil daripada bengkel tersebut , pada tahun 1992 , kementerian pelajaram Malaysia, unit bimbingan dan kaunseling ,bahagian sekolah dengan kerjasama IAB menerbitkan buku modul bertajuk “Pembimbing Rakan Sebaya: modul asas”
             Pada 2007, PRS menerima nafas baru dengan pengenalan nyanyian lagu dan lirik lagu Pembimbing Rakan Sebaya hasil En Badruddin shukor diikuti dengan pelancaran pemakaian ‘vest’PRS oleh Dato ‘Razali Ismail, Timbalan  Menteri Pelajaran ketika itu.
            Pada November 2008, Dato’ seri HIshammudin Tun Hussien telah memperkenalkan e-PRS dalam majlis siding guru bimbingan dan kaunseling kebangsaan di MITC,Melaka
            Pada ogas 2011,draf modul PRS KPM telah dibuat semakan bacaan (Proof Reading) di Kuala Lumpur International Hotel,Kuala Lumpur oleh bahagian pengurusan sekolah harian,Kementerian Pelajaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment