Soal Jawab...
1.Apakah dia perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
- Perkhidmatan yang disediakan untuk membimbing dan menolong para pelajar dan masyarakat yang mengalami atau menghadapi masaalah dalam proses pertumbuhan dan perkembangan diri sendiri untuk mencapai matlamat hidup
- Perkhidmatan ini memberikan bimbingan dan pertolongan dalam bidang pelajaran,kerjaya,sosial dan peningkatan minda
2.Bagaimanakah perkhidmatan ini dijalankan
- Perkhidmtan ini dijalankan KAUNSELING INDIVIDU dan KAUNSELING KELOMPOK.
- KAUNSELING INDIVIDU ialah pertemuan antara pelajar dan kaunselor.
- KAUNSELING BERKUMPULAM ialah pertemuan pelajar dan rakan-rakan dengan kaunselor.
perkhidmatan percuma dan ikhlas adalah bertujuan untuk menolong para pelajar:
- Mengenali dan memahami diri sendiri. Apakah kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri.
- Membuat penyesuaian,sosial, akademik,emosi dan kerjaya dengan persekitaran di dalam dan diluar sekolah.
- Berfikir secara rasional dan bertindak secara berkesan dalam membuat sesuatu keputusan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi.
- Mededahkan bakat ,minat dan kelebihan -kelebihan diri yang terpendam.
- Membentuk tabiat kebiasaan belajar yang baik
- Belajar menghargai sumbangan guru-guru,ibubapa dan rakan-rakan.
- Membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi warga yang bergun.
4.Kenapa pelajar perlu berjumpa Kaunselor
- Saya perlu berjumpa kaunselor sekiranya saya............
- Sukar menumpukan perhatian penuh pada pelajaran.
- Tidak tahu bagaimana cara-cara belajar yang berkesan.
- Mengalami masalah tekanan emosi dan kerunsingan fikiran.
- Mengalami perasaan rendah diri.
- Kurang keyakinan pada kemampuan diri sendiri.
- Sukar berhubung dengan guru-guru dan rakan-rakan di sekolah.
- Bimbang menghadapi masa depan.
- Perlu mendapat maklumat-maklumat pelajar-pelajar.
- Ingin mendapat pengatahuan dan pengalaman untuk menghadapi temu duga selepas tamat persekolahan.
- Tidak kenal siapa saya.
No comments:
Post a Comment